Sunday 17 October 2010

PENGENALAN iSLAM

Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama iaitu Adam a.s. Ia merupakan pemberitahuan dan peraturan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. Kemudian wahyu itu diperkuatkan dengan perlantikan rasul-rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. Risalah Islam yang diturunkan kepada rasul-rasul adalah sesuai dengan zaman, jumlah manusia dan kebudayaan umat ketika itu. Islam diturunkan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar supaya mereka mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat.
Penganut Islam wajib
beriman kepada Allah Yang Maha Esa selaku pencipta alam semesta dan mematuhi segala suruhan dan menjauhi laranganNya. Tanpa petunjuk dari Allah S.W.T, manusia akan sesat kerana akal fikiran dan pengalaman manusia amat terbatas.Manusia tidak mempunyai kemampuan untuk memahami masalah ketuhanan, kehidupan selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka, pembalasan amal dan sebagainya, kerana itulah Allah S.W.T mengutus dan mengangkat ratusan ribu nabi dan rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w. Secara umumnya tugas rasul-rasul dan nabi-nabi dalam menyampaikan ajaran keimanan adalah sama walaupun ada perbezaan dari segi syariat dan hukum di antara mereka selaras dengan keadaan dan zaman masing-masing.Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa keistimewaan yang terkandung dalam Islam telah mampu membentuk satu tamadun yang mengangkat tinggi martabat manusia, menuju kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat. Tamadun Islam telah muncul dan menempa kegemilangan yang tiada tolok bandingnya lantaran kesyumulan dan kesepaduan Islam itu sendiri yang menjadi intipati kepada Tamadun Islam. Akhirnya Tamadun Islam telah berjaya mendepani zaman dan menjadi rujukan kepada pembinaan tamadun manusia sehinggalah ke hari ini.

No comments:

Post a Comment